CGSS KEKAL CEMERLANG DENGAN PENARAFAN 5 DAUN PEJABAT HIJAU USM 2025
(Penarafan Pejabat Hijau Universiti Sains Malaysia)
PULAU PINANG, 2025 – Pusat Kajian Kelestarian Global (CGSS) sekali lagi mencatat sejarah apabila menerima penarafan tertinggi 5 Daun dalam Penarafan Pejabat Hijau Universiti Sains Malaysia (USM) 2025, bagi tahun kedua pelaksanaan Pejabat Hijau dan Desasiswa Hijau.
Pengiktirafan ini membuktikan komitmen CGSS dalam mengamalkan budaya kerja lestari, mengurangkan impak alam sekitar, dan menyokong agenda kelestarian universiti selaras dengan aspirasi Sustainable Development Goals (SDGs).
Pencapaian ini adalah hasil usaha berterusan Jawatankuasa Kelestarian CGSS yang menggerakkan pelbagai inisiatif hijau seperti pengurusan tenaga, pengurangan sisa, penggunaan sumber secara berhemah, serta mempromosikan gaya hidup lestari di tempat kerja dan komuniti kampus.

Tahniah kepada seluruh warga CGSS atas kejayaan ini!
Teks & foto: Siti Zanariah Zailani/ Suntingan: Mohd Abdul Muin Md Akil
- Hits: 82
