Skip to main content

Welcome to Centre For Global Sustainability Studies Official Website       Icon Facebook In circle PNG

RSY, RCE PENANG MEMPERKASA KREATIVITI MURID SEKOLAH RENDAH MELALUI BENGKEL BUKU CERITA SEMPENA SDG CARNIVAL 2025

RSY story book

USM PULAU PINANG, 2025 – RCE Sejahtera Youth (RSY) di bawah seliaan RCE Penang, Pusat Kajian Kelestarian Global (CGSS), Universiti Sains Malaysia (USM) mempersembahkan lapan buah buku cerita kreatif hasil karya murid sekolah rendah melalui Program Bengkel Buku Cerita yang diadakan sempena Storybook and Digital Storytelling Competition 2025 dalam rangkaian SDG Carnival. Program ini dijalankan secara atas talian melalui platform Webex, dengan objektif untuk memupuk kefahaman tentang Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) dalam kalangan murid sekolah rendah, khususnya SDG 3 (Kesihatan dan Kesejahteraan), SDG 4 (Pendidikan Berkualiti), SDG 6 (Air Bersih dan Sanitasi), SDG 14 (Hidupan Laut), dan SDG 15 (Hidupan Darat).

Program ini diselaraskan oleh Prof. Madya Dr. Japareng Lalung, selaku Penyelaras RCE Penang, dan Dr. Rohaya Abdullah, selaku Felo RCE serta Penasihat RSY. Inisiatif ini bukan sahaja menggalakkan kreativiti dan imaginasi, tetapi juga mendidik generasi muda tentang kepentingan kelestarian alam sekitar serta nilai murni yang selaras dengan agenda global.

Buku Cerita:

Setiap buku mencerminkan kreativiti, imaginasi, dan kefahaman murid terhadap kelestarian alam sekitar. Berikut adalah senarai judul bersama pautan video digital:

RSY Bobs Sea Adventure RSY Sang Helang yang Sombong RSY The Northern Rescue RSY Tangan Bersih Perut Sihat

RSY Tata Si Tupai RSY Si Penyu dengan Telurnya RSY Underwater Sickness RSY Life on Water and Land

Menginspirasi Generasi Masa Depan

Melalui inisiatif ini, RSY terus komited untuk memupuk kreativiti, kesedaran alam sekitar, dan nilai kelestarian dalam kalangan generasi muda, agar mereka menjadi agen perubahan masa depan.

SDG Icons Inverted Transparent PRINT 03SDG Icons Inverted Transparent PRINT 04SDG Icons Inverted Transparent PRINT 06SDG Icons Inverted Transparent PRINT 13SDG Icons Inverted Transparent PRINT 14SDG Icons Inverted Transparent PRINT 15

Teks: Siti Zanariah Zailani/ Suntingan: Wan Sharipahmira Mohd Zain/ Foto: RSY, RCE Penang

 

  • Hits: 83