https://cgss.usm.my/index.php/en/sustainability-usm
![]() |
![]() |
Berhubung hebahan Kemasukan Pelajar Senior Ke Kampus Pada 24 dan 25 Oktober 2020 yang dihebahkan oleh Pusat Media dan Perhubungan Awam (MPRC) pada 22 Oktober 2020 (Khamis) di Facebook USM, laman sesawang USM dan hebahan emel, telah dimaklumkan bahawa pelajar digalakkan menggunakan kenderaan sendiri atau hadir bersama-sama ibu dan bapa semasa kembali ke kampus. Ini bertujuan untuk mengurangkan risiko jangkitan semasa dalam perjalanan.Walau bagaimanapun, keputusan terbaharu Mesyuarat Penyelarasan Kemasukan Semula Pelajar Senior Bil. 3/2020 melibatkan semua Kampus USM yang diadakan pada hari Khamis, 22 Oktober 2020, jam 2.30 petang di Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni (BHEPA) memutuskan bahawa pelajar yang datang dengan kenderaan awam akan diletakkan di bawah pengawasan Universiti sehingga ujian Swab Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) adalah negatif. Tempoh pengawasan adalah bergantung kepada risiko pelajar. Keputusan dan tindakan ini adalah mengikut keutamaan berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pelajar yang perlu diberi keutamaan.
Following the increase in COVID-19 positive cases and the worrying trend of recently identified cases throughout the country since 1 October 2020, Universiti Sains Malaysia (USM) is ready to take the necessary approach and precautionary steps to ensure the safety and wellbeing of its community members. The University is taking several initiatives in dealing with the situation on campus including matters regarding the admission of undergraduate and postgraduate students to the campus.
© 2020 Centre for Global Sustainability Studies. All Rights Reserved.