BULAN KELESTARIAN USM 2022
Bulan Kelestarian Universiti Sains Malaysia (USM) telah berjaya dilaksanakan sepanjang bulan Jun 2022. Objektif utama penganjuran Bulan Kelestarian USM 2022 adalah meningkatkan kesedaran warga USM mengenai kelestarian, mempelbagaikan aktiviti kelestarian, membudayakan amalan dan gaya hidup kelestarian dalam kalangan Warga USM dan mempraktiskan sikap tanggungjawab kelestarian dalam kegiatan harian semua warga USM.
Antara aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang Bulan Kelestarian USM
1. Webinar & forum
2. Projek Komuniti
Program Coastal Cleanup dijalankan di Taman Rekreasi Persiaran Bayan Indah, Pulau Pinang dengan kerjasama Kampus Sejahtera, Persatuan Sains Lautan Malaysia (MSMS), Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan IJM Corporation Berhad sebagai penaja untuk program ini.
3. Program Kelestarian Sempena Bulan Kelestarian USM bersama Pusat Jagaan Inapan Kasih Sayang
Projek Komuniti bersama anak-anak asnaf di Pusat Jagaan Inapan Kasih Sayang, Pulau Pinang. Antara aktiviti yang dijalankan:
- Talk Series – No Poverty Sdg1 - disampaikan oleh Profesor Madya Dr. Mohd Sayuti bin Hassan, Pensyarah Kanan, Pusat Kajian Kelestarian Global (CGSS)
- Penanaman Pokok Jambu Bol.
- Pengurusan Sisa Kompos - disampaikan oleh En. Muhamad Hamzah bin Abdul Hamid, Pegawai Latihan, Bahagian Jaringan Komuniti, Bahagian Jaringan Industri & Masyarakat
- Sukaneka Kelestarian
- Pameran Teknologi Hijau
- 4. Majlis Perasmian Penutup Bulan Kelestarian USM 2022
- Kayuhan Ebike ke EcoHub dan seterusnya menuju ke tapak Majlis Perasmian Penutup Bulan Kelestarian USM
- Menyusuri Ecotrail di EcoHub USM dan sesi penerangan disampaikan oleh Encik Mohd Abdul Muin Md Akil, Pegawai Sains Kanan CGSS.
- Ucapan alu-aluan oleh Profesor Madya Dr. Mohd Wira Mohd Shafiei, Pengarah CGSS.
- Majlis Perasmian Penutup dirasmikan oleh Profesor Dr. Md Roslan Hashim, Timbalan Naib Canselor Kelestarian dan Pembangunan Institusi USM
- Upacara penanaman Pokok Merawan Daun Bulat atau nama saintifiknya 'Hopea Latifolia' telah diadakan pada penghujung majlis sebagai simbolik kepada Majlis Perasmian Penutupan Bulan Kelestarian USM 2022.