17SDG2

Sustainability Minor

TAWARAN PAKEJ MINOR KELESTARIAN

1.0       PENDAHULUAN

Universiti Sains Malaysia (USM) pada masa kini telah beroperasi sebagai satu komuniti bersepadu sepenuhnya. Maka segala aktiviti yang berlaku di universiti yang kompleks boleh memberi implikasi kepada alam sekitar secara keseluruhannya. Justeru itu, untuk menjadi model kelestarian, USM perlu menjadikan aktiviti harian sebagai satu cara hidup yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar serta mengukuhkan nilai -nilai dan tingkah laku yang diingini oleh keseluruhan komuniti. Walaupun telah banyak aktiviti pendidikan tinggi dilaksanakan bagi menyahut saranan kelestarian ini, namun hasilnya masih tidak memuaskan.

Justeru itu Pusat Kajian Kelestarian Global (CGSS) telah mengambil inisiatif untuk menawarkan Pakej Minor Kelestarian mulai Sidang Akademik 2015/2016 kepada pelajar tahun 2 dan 3. Pakej ini terbuka kepada mereka daripada pelbagai disiplin di USM.

2.0       RASIONAL PENAWARAN

Kursus Minor Kelestarian ini, diperkenalkan kepada pelajar adalah bertujuan bagi memastikan keperluan generasi akan datang tidak terpinggir, khususnya dalam menghadapi cabaran era globalisasi dan kemajuan teknologi maklumat, Oleh yang demikian, untuk menjadi “role model” dalam kelestarian, universiti perlu menjadikan aktiviti harian sebagai satu demonstrasi penting cara hidup yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar, ekonomi dan sosial serta mengukuhkan nilai - nilai dan tingkah laku yang diingini oleh masyarakat setempat. Walaupun telah banyak aktiviti pendidikan tinggi dilaksanakan bagi menyahut saranan kelestarian ini, namun hasilnya masih berada pada tahap yang kurang memuaskan. Pelbagai faktor yang menjadi halangan dan cabaran kepada kelestarian pendidikan tinggi adalah disebabkan oleh kekurangan dan kelemahan seperti kesedaran, minat dan penglibatan, struktur organisasi, sokongan pentadbiran universiti, kekangan masa, latihan berkaitan kelestarian, menolak perubahan, mentaliti keuntungan, penyelidikan trans-disiplinari, dan peluang komunikasi dan maklumat. Justeru itu Kursus Minor Kelestarian berpotensi mempengaruhi amalan kelestarian oleh semua pelajar yang terlibat dalam institusi pendidikan tinggi dengan cara mengenali, menghargai, mempelajari, menjadi kritis dan mencontohi.

Daripada segi pasaran, Kursus Minor Kelestarian ini akan memberi pelajar pendedahan dan pengetahuan yang boleh digunakan dan diperkembangkan dalam pengajian siswazah, atau dalam alam pekerjaan untuk masa kini atau masa hadapan. 

3.0       OBJEKTIF PAKEJ MINOR

Universiti mempunyai tanggungjawab moral yang besar bagi tujuan meningkatkan kesedaran, pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai kepada pelajarnya yang amat diperlukan untuk mewujudkan masa depan yang lebih adil dan lestari. Objektif utama kursus minor ini adalah untuk mengenal pasti, memahami dan menggalakkan inisiatif pendidikan tinggi ke arah pembangunan lestari. Di samping itu pelajar perlu didedahkan kepada  segala aktiviti di jalankan di universiti yang perlu kepada pemantauan kesan signifikan terhadap alam sekitar contohnya penggunaan bengkel dan makmal, penyelenggaraan bangunan & tanah dan penggunaan tenaga serta bahan-bahan. Kesedaran adalah amat perlu kerana pada masa kini institusi pendidikan tinggi pada masa kini mengalami liabiliti alam sekitar yang signifikan dengan menggunakan kuantiti yang besar tenaga, air, menghasilkan sisa pepejal dan menggunakan rantai bekalan yang terlalu banyak. Pelajar-pelajar juga boleh menyemak operasi fizikal mereka bagi memastikan ia mencerminkan amalan kelestarian yang yang bertambah baik dari semasa ke semasa. Segala ilmu yang dipelajari semasa di universiti akan dapat diterapkan oleh setiap pelajar atau di amalkan oleh mereka semasa berada di alam pekerjaan nanti.

4.0       STRUKTUR RANCANGAN

Pakej minor ini yang berjumlah 20 unit dan ke atas adalah terdiri daripada kursus-kursus yang bertaraf Minor. Kursus-kursus ini dipilih berdasarkan keperluan semasa dalam mengimplementasikan kelestarian universiti berpandukan kepada komponen-komponen asas yang di buat oleh Pusat Kajian Kelestarian Global (CGSS).

Terdapat 3 kursus yang diwajibkan ke atas setiap pelajar iaitu :-

  1. WSU 101   : Kelestarian: Isu, Cabaran dan Prospek
  2. HGG 250 : Masyarakat, Ruang dan Alam Sekitar
  3. IEK 115       : Perundangan Persekitaran, Keselamatan dan Kesihatan 

Baki kursus yang lain adalah terpulang kepada pelajar untuk memilihnya. Klik sini untuk melihat senarai kursus dan penerangan.

 

seasn button apn buttonn